Christian Pulisic menyatakan dia seperti tidak dapat membayangkan suasana bergelar sang juara apabila penyerang Chelsea itu menjadi pemain Amerika Syarikat pertama yang menjadi pemenang Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas bintang Borussia Dortmund itu hadir sebagai pemain gantian dan hampir menggandakan kelebihan Chelsea, namun mereka sekadar memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Manchester City.

Bercakap selepas final di Porto, Pulisic berkata kepada CBS Sports: "Saya tidak dapat menjelaskannya, ia masih lagi dalam kejutan. Saya sangat berbangga."

Dia disaksikan oleh ibu bapanya dan sejumlah rakan daripada barisan penonton di Estadio do Dragao, menjadikan kemenangan ini lebih istimewa.

"Saya sangat berterima kasih atas semua sokongan. Kehadiran penonyon dalam perlawanan sangat mengagumkan," kata Pulisic.

"Saya tahu saya harus melakukan kerja keras secara bertahan. Saya harap saya melepaskan peluang yang saya miliki. Saya tidak cukup berjaya seperti yang saya mahukan, tetapi pada akhirnya pasukan ini akan selalu mencari kemenangan dan saya sangat berbangga dengan mereka."

Diganggu oleh kecederaan musim ini, Pulisic dapat membawa ayah Mark dan ibu Kelley meraikan kemenangan di padang untuk menandakan berakhirnya musim yang sukar untuk kempen yang sukar.


"Saya mempunyai ibu bapa saya di sini jadi saya baru sahaja bercakap dengan mereka. Saya sangat bangga berada di sini.

"Ini merupakan perjalanan yang sukar bagi saya dan saya tidak dapat membayangkan memenangi UCL dalam hidup saya dan sekarang saya di sini jadi ia sesuatu yang di luar jangkaan."