Thomas Tuchel berikrar untuk tidak berputus asa terhadap Saul Niguez berikutan isu pemilihan di bahagian tengah Chelsea semakin meruncing dan yang terbaru kehilangan Mateo Kovacic akibat COVID-19.

Kovacic kembali menjalani latihan kelmarin selepas dibelenggu kecederaan hamstring selama enam minggu dan dia pada awalnya dijangka menjadi sebahagian daripada skuad Chelsea untuk menentang Zenit, awal pagi esok.

Bagaimanapun, semalAm Kovacic kembali dengan positif COVID-19 dan bakal terlepas kunjungan ke Russia untuk menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), termasuk terlepas perlawanan liga yang berikutannya ketika berdepan Leeds United dan Everton/

The Blues sudah pun kehilangan pemain tengah, N'Golo Kante dan Jorginho, selain pertahanan, Ben Chilwell dan Trevoh Chalobah, lantas Tuchel enggan memberi tekanan kepada barisan tonggaknya.

"Kami mengalami tekanan yang agak teruk akibat kecederaan dan jadual," katanya dalam sidang akhbar pra-perlawanan Selasa.

"Disebabkan kecederaan di beberapa posisi seperti bahagian tengah, kami bergelut. Perlawanan esok bukanlah satu masalah, ia lebih kepada perlawanan yang akan datang (menentang Leeds).

"Kami turun awal ketika bertemu West Ham dan kemudian menghadapi menentang Zenit sedikit lewat. Jadi kami mempunyai tempoh rehat dan sesi latihan yang baik hari ini.

"Masalahnya ialah perlawanan seterusnya kerana kami akan kehilangan masa tidur dan perlu tiba lebih awal. Leeds merupakan sebuah pasukan kental yang bersedia untuk menghadapi perlawanan seperti ini."






Ditanya mengenai situasi Kovacic yang dijangkiti pandemik itu, Tuchel berkata: "Saya sedar ia boleh berlaku dan saya tidak gembira, tetapi inilah realitinya sekarang. Kami perlu bersedia untuk menyesuaikan diri.

"Ada peluang terhidang untuk kami membuat perubahan apabila melawan Zenit."