Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, berikrar bahawa Neymar tidak akan menemui jalan mudah susulan keinginannya untuk berpindah ke Barcelona selama berminggu-minggu lamanya sebelum ini.
Penyokong kelab ibu kota Perancis itu nyata tidak senang dengan bintang kelab berkenaan yang mencari jalan untuk kembali ke pangkuan bekas majikannya itu dalam jendela perpindahan yang lalu.
Tonggak Brazil itu kembali beraksi di Parc des Princes sejak bulan lalu dan mula mempamerkan sentuhan berbisanya dengan menghasilkan empat gol dalam lima perlawanan sebelum jadual antarabangsa.
Begitupun, selepas mula menambat hati peminat semula, ia tidak bermakna pemain termahal di dunia itu akan dibenarkan untuk berbuat sesuka hatinya dalam apa yang boleh disifatkan sebagai musim terakhirnya di Paris.
"Penyokong telah menyatakan pendapat mereka dan saya sama sekali dapat memahami perasaan mereka itu," kata Tuchel kepada The Guardian.
"Mereka sememangnya berhak untuk menyatakan pendirian, mereka bangga dengan kelab ini dan ia adalah begitu bagus apabila selama beberapa minggu, anda mendengar pemain bercakap mengenai soal angkat kaki.
"Seperti yang saya katakan kepada Neymar, kadang-kadang kehidupan adalah seperti ini -- anda harus menghadapi kebenaran dan menangani akibatnya."
Pengurus berbangsa Jerman itu berkata lagi: "Adakala agak sukar untuk melihat bahawa dia adalah seorang yang baik apabila anda hanya menontonnya bermain tetapi di luar padang, dia sebenarnya adalah seorang yang baik.
"Saya pernah beritahu dia: 'Anda fikir bahagian yang paling sukar (isu perpindahan) telah selesai tetapi mulai sekarang, anda perlu berurusan dengan saya dan saya akan bertegas dengan anda, jadi perkara yang paling sukar buat anda masih wujud.'"
Neymar bakal tersisih selama sebulan berikutan masalah hamstring ketika memperkuatkan Brazil.
Penggempur berusia 27 tahun itu telah membantu PSG memiliki kelebihan dua mata di persada Ligue 1 selepas sembilan perlawanan dalam pemburuan gelaran ketujuh dalam tempoh lapan musim.
Ditanya bagaimana dia mentakrifkan kejayaan di sebuah kelab yang sudah terbiasa memenangi gelaran domestik, Tuchel menegaskan aspek hubungan dan penambahbaikan harian menjadi ganjaran kecil buatnya.
"Mudah-mudahan saya tidak perlu terlalu bergantung kepada pungutan mata dan gelaran kerana ia berkemungkinan akan membuatkan anda berasa sedih atau membuatkan anda gagal memenuhi jangkaan sendiri yang diletakkan terlalu tinggi," katanya.
"Ada lebih banyak lagi yang boleh ditawarkan dalam kehidupan ini berbanding mata dan trofi. Namun, kami semua sangat kompetitif dan mahu memenangi setiap perlawanan."
Penulis Jemputan
Wed Oct 16 2019


Boult granted release from New Zealand Cricket contract
At 33 years old, Black Caps quick Trent Boult has decided his days of travelling the world for international cricket are just about over.

Van Bronckhorst ecstatic as Rangers comeback keeps Champions League qualification dream alive
Rangers will meet Ruud van Nistelrooy's PSV in the Champions League qualification play-offs after another memorable game at Ibrox.

Glasner stresses need for 'special' Frankfurt defence against Benzema-inspired Madrid
Eintracht Frankfurt were thrashed 6-1 by Bayern Munich on Saturday, and Oliver Glasner knows that defensive performance cannot be repeated.

Marseille confirm deal 'in principle' to sign Alexis Sanchez
Alexis Sanchez is on his way to Marseille after his Inter contract was terminated on Monday.

Evergreen Modric sees no reason why Qatar World Cup should affect Madrid game time
Luka Modric will turn 37 in September, but Real Madrid's mercurial midfielder is seeing no reason why he should start slowing down.

Ten Hag can succeed at Man Utd but only if afforded time – Litmanen
Jari Litmanen has backed former Ajax coach Erik ten Hag to turn things around at Man Utd, despite a far from ideal start.

England's 'inspirational' win at 'amazing' Women's Euros evidence of development, says Finland great Kalmari
Laura Kalmari believes England's successful European Championship represented a significant development for the women's game.

'Ronaldo to Atletico, why not?' – Guti believes Real Madrid legend could make controversial LaLiga return
Reports linking Cristiano Ronaldo with Atletico Madrid were not well received, but former Real Madrid man Guti says it makes sense.

Ancelotti hails career-best season, will start Champions League final line-up in Super Cup
Carlo Ancelotti did not expect to get a second chance with Real Madrid, but made the most of that opportunity last season.
Benzema altered his 'game and ambitions' when Ronaldo left Real Madrid
Karim Benzema played second fiddle to Cristiano Ronaldo until 2018, but the Real Madrid forward is now one of the world's best players.