Skip to main content

Bola Sepak

Trucha kembali ke kancah Liga Malaysia bersama Kelantan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trucha.jpg
Jurulatih Kelantan United FC, Tomas Trucha, tampak enggan meletakkan dirinya dalam tekanan untuk kemunculan semulanya dalam kancah Liga Malaysia.

Rrucha mengakui bukan tugas mudah untuk mengulangi sentuhan 'magis' bersama kelab barunya itu berbanding ketika bersama Penang FC sebelum ini.

Trucha hadir ke Kelantan United dengan reputasi yang agak baik, ini berdasarkan pencapaian pada musim pertamanya bersama Penang fc apabila muncul tiga pasukan terbaik selaku pendatang baru Liga Super 2021.

Meskipun gagal mengulanginya dalam musim berikutnya, kemampuan yang pernah ditunjukkan jurulatih dari Republik Czech itu tentunya ditagih oleh penyokong KUFC.

Peluang menyertai KUFC turut membolehkan Trucha kembali bergandingan dengan bekas anak buahnya di Penang FC iaitu Khairu Azrin Khazali dan Abdul Latiff Suhami.

Advertisement

Must Watch Video