Jurulatih Penang FC, Thomas Trucha, memberikan isyarat kepada pihak pengurusan untuk segera mempertimbangkan kedudukannya selepas berjaya membawa skuad kumbang di tempat ketiga Liga Super musim ini.

"Ketika ini, kami akan membuat persiapan bagi Piala Malaysia dan masih banyak masa untuk membuat keputusan," katanya.

Sementara itu, rakan sejawatnya, Nafuzi Zain, mahu peminat menilai sendiri keseluruhan prestasi Terengganu FC sujurus aksi terakhir di Stadium Bandaraya berakhir dengan keputusan seri 2-2.

"Kejayaan atau kegagalan adalah pandangan masing-masing. Ia boleh dinilai berdasarkan apa yang dipamerkan Terengganu sejak semusim yang lalu," kata Nafuzi.