Novak Djokovic mematahkan serta mencampak raket ketika tewas dalam perlawanan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo semalam.

Wakil Sepanyol, Pablo Carreno Busta, mengatasi pemain nombor satu dunia, 6-4, 6-7 (6-8), 6-3 untuk menamatkan saingan di tempat ketiga perseorangan lelaki.

Keputusan mengejutkan itu terhasil sehari selepas harapan Golden Slam Djokovic diakhiri dengan kekalahan kepada Alexander Zverev dalam separuh akhir.

Menjelang perlawanan di tempat ketiga, Djokovic turut menarik diri daripada aksi pingat gangsa dalam acara regu campuran, menyatakan dirinya mengalami kecederaan bahu.

Telah memenangi Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon, Djokovic meletakkan sasaran pingat emas dalam Sukan Olimpik sebelum ke Terbuka AS, menyasarkan lima gelaran utama dalam satu musim.

Ia tidak pernah dicapai oleh mana-mana pemain perseorangan lelaki dan namun dia turut gagal membawa pulang sebarang pingat daripada saingan di Jepun.