Timo Werner "hilang sedikit keseronokan bermain" di bawah bimbingan Thomas Tuchel di Chelsea apabila kehilangan tempatnya dalam pasukan utama sebelum kembali ke RB Leipzig.

Pemain antarabangsa Jerman itu mengesahkan perpindahan tetap ke Leipzig minggu lalu, hanya dua tahun selepas menyertai Chelsea dalam perjanjian berjumlah £47.5 juta (RM 27.5j).

Werner bergelut untuk memenuhi tanda harganya di Stamford Bridge apabila sekadar menyumbangkan 10 gol Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam 56 penampilan selain 23 gol dalam 89 perlawanan secara keseluruhannya.

Pemain berusia 26 tahun itu berdepan tempoh sepanjang kempen 2021-22 apabila diletakkan dalam kesebelasan sebanyak 15 daripada kemungkinan 38 perlawanan liga.

Selepas menamatkan kariernya di Stamford Bridge, Werner mendedahkan punca dia ke kembali ke Leipzig kerana berhajat beraksi lebih kerap semula bagi menghidupkan peluang ke Piala Dunia Qatar, November depan.

“Bagi saya, berseronok bermain bola sepak adalah perkara paling penting,” katanya -- yang menjulang Liga Juara-Juara (UCL) bersama The Blues pada 2021 -- menerusi podcast Einfach mal Luppen.




“Saya sangat cemerlang di Chelsea tetapi akhirnya saya kehilangan sedikit keseronokan memandangkan tidak beraksi secara kerap lagi.

"Saya rasa sistem permainan jurulatih tidak begitu sesuai dengan saya. Jadi adalah jelas bahawa saya mahu mengambil langkah baru. Saya berada pada usia mahu beraksi seberapa kerap yang mungkin."

Selain memainkan peranan dalam kejayaan UCL tahun lalu, Werner turut memenangi Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab bersama Chelsea.

Werner yang dilihat berada di tempat duduk Stamford Bridge ketika mereka seri 2-2 dengan Tottenham, Isnin lalu, menegaskan hubungannya dengan kelab barat London itu akan selama-lamanya.

"Saya benar-benar mempunyai kaitan Chelsea menerusi kejayaan hebat -- ialah adalah detik terbaik dalam karier saya," katanya.

"Chelsea akan sentiasa menjadi kelab istimewa buat saya. Saya masih berhubung dengan ramai pemain dalam kalangan pasukan itu."