Selangor ketika ini difahamkan sedang mengasingkan beberapa pemainnya yang berpotensi untuk menjadi mangsa serangan seterusnya.

Menurut sumber dalaman SFC, tindakan drastik itu terpaksa diambil bagi menjamin keselamatan pemain berkenaan selepas insiden simbah asid kepada bintang utama mereka, Faisal Halim.

Difahamkan juga, sesi latihan pasukan itu tetap akan berjalan seperti biasa tetapi di bawah pengawasan yang amat ketat.