Kemampuan menyelesaikan tunggakan gaji musim lalu memberi ruang kelegaan buat untuk Kedah Darul Aman (KDA) FC, secara tidak langsung lebih fokus kepada memulakan kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KDA FC, Shahrul Samsudin, itu disempurnakan semalam -- tiga hari sebelum tarikh akhir yang diputuskan oleh Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB) iaitu Sabtu ini bagi mengekalkan Lesen Kebangsaan.

Penyelesaian itu juga membabitkan keseluruhan pemain dan pegawai pasukan Liga Super, KDA FC B (Piala MFL-B-23), KDA FC C (Piala Presiden-B-20), KDA FC D (Piala Belia- B-18) serta staf pentadbiran kelab pada 17 April 2024.