Pasukan Terengganu FC, mengumumkan Lembah Klang sebagai lokasi pra-musim mereka sebelum menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) musim 2024/2025 yang akan bermula pada Mei nanti.

Ini berikutan usaha pasukan dari Pantai Timur itu untuk mengurangkan kos operasi kelab dan memilih untuk berdepan lawan daripada pasukan di dalam negara sahaja bagi kempen pra-musim mereka kali ini.




Dalam pada itu, Terengganu akan mengadakan perlawanan tiga siri pra-musim di Lembah Klang bermula 31 Mac sehingga 4 April 2024, selain menganjurkan perlawanan empat penjuru melibatkan pasukan Terengganu, Terengganu II, Kedah Darul Aman dan Penang FC pada pertengahan April nanti.