Pengurus Manchester United, Erik ten Hag, tidak begitu mengambil berat tentang kecederaan yang dialami oleh Alejandro Garnacho semalam walaupun dia memerlukan tongkat ketika meninggalkan Old Trafford.

Garnacho diperkenalkan pada separuh masa kedua United seri 0-0 dengan Southampton dan mengalami kecederaan selepas diterjah Kyle Walker-Peters.

Pemain pertahanan Southampton itu memenangi bola dalam kawasan penalti, namun buku lali kanan Garnacho kelihatan tersepit di antara kaki pertahanan tersebut.

Garnacho kelihatan dalam kesakitan tetapi berjaya bermain sehingga dia dikeluarkan pada masa kecederaan ketika Ten Hag berusaha untuk memperkuatkan 10 pemain United.

Dia kemudiannya dilihat meninggalkan stadium dengan bertongkat.


"Dia mengalami sedikit kecederaan selepas terjahan itu," kata Ten Hag.

“Lawan membawa masuk penyerang yang memiliki fizikal [Paul Onuachu] dan saya tidak mahu mengambil risiko, kami sudah kekurangan seorang pemain."

United seterusnya beraksi awal pagi Jumaat apabila mereka pergi ke Seville untuk menentang Real Betis dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa.

Mereka mendahului agregat 4-1 ke atas Benito Villamarin selepas kemenangan menyeluruh di Old Trafford pada perlawanan pertama.