Erik ten Hag berseloroh dia mungkin memerlukan sumber dana ramai daripada penyokong Manchester United apabila ditanya sama ada kelab itu akan menandatangani Jude Bellingham dan Kylian Mbappe.

United dijangka meningkatkan kualiti pasukan semasa jendela perpindahan Januari, ketika mereka terus mengukuhkan kebangkitan mereka di bawah kendalian Ten Hag.

Bintang Borussia Dortmund, Bellingham dan penyerang Paris Saint-Germain, Mbappe, dilihat sebagai antara prospek utama Eropah, namun ia sesuatu yang tidak mungkin dimeterai dalam masa terdekat.

Bagaimanapun ia tidak menghentikan penyokong yang bertanyakan kepada Ten Hag mengenai tawaran buat pemain tersebut, di mana pengendali itu bergurau memerlukan dana yang lebih banyak untuk memastikan sebarang perpindahan berjaya dilaksanakan.

"Saya turut mahukannya," kata Ten Hag kepada sekumpulan penyokong United yang bertanyakan sama ada United bakal membawa dua bintang tersebut. "Adakah anda mempunyai wang untuk saya?"

United tidak perlu mendapatkan wang daripada simpanan penyokong mereka untuk memenuhi mana-mana perpindahan bulan ini, walaupun siapa yang akan dibawa masuk Ten Hag masih lagi tidak dikenal pasti.

Jack Butland dibawa masuk secara pinjaman dari Crystal Palace untuk menggantikan Martin Dubravka, yang telah kembali ke Newcastle United, sementara United turut dikatakan berminat dengan Wout Weghorst, penyerang yang dipinjamkan ke Besiktas dari Burnley.


Pemain tengah England, Bellingham, secara meluas dijangka akan meninggalkan Dortmund akhir musim ini, dengan Liverpool, Real Madrid, Chelsea dan Manchester City semuanya dikatakan berminat.

Penyerang Perancis, Mbappe baru sahaja melanjutkan lpmtral bersama PSG Mei tahun lalu.