Erik ten Hag mengakui Manchester United 'kecewa' selepas gagal mendahului kumpulan Liga Europa walaupun menang 1-0 ke atas Real Sociedad awal pagi tadi.

Kemenangan dengan dua atau lebih gol akan menyaksikan United mara sebagai pemenang Kumpulan E berdasarkan rekod pertemuan bertemu La Real.

Jaringan Alejandro Garnacho pada minit ke-17 memberi harapan kepada United, tetapi itu terbukti satu-satunya rembatan tepat ke sasaran dalam aksi hambar di Reale Arena.

Ten Hag, bakal memimpin United dalam aksi play-off menentang salah satu pasukan yang tersingkir dari Liga Juara-Juara, memberitahu BT Sport, "Anda tidak selalu mendapat apa yang anda mahukan.

"Sudah tentu, kami kecewa kami tidak menjaringkan dua gol kerana itulah yang kami perlukan. Kami mahu sentiasa menjadi nombor satu, dan apabila tidak, kami kecewa."


Ten Hag mengambil beberapa perkara positif daripada perlawanan itu, menonjolkan kemampuan Garnacho selepas pemain berusia 18 tahun itu menjadi penjaring termuda bukan dari United Kingdom dalam pertandingan utama Eropah, mengatasi legenda kelab, George Best.

“Hari ini, kami menang, dan saya gembira dengan itu, dan beberapa perkara lain seperti persembahan Alejandro Garnacho,” tambah pengendali kelahiran Belanda itu.

"Kami menghadapi masalah di sana [di bahagian sayap]. Antony diketepikan, dan Jadon Sancho tidak dapat diturunkan. Saya sangat berharap dia dapat meneruskan proses itu. Dia memiliki ancaman buat pasukan lawan. Jika dia boleh meneruskannya, saya sangat gembira."