Antonio Rudiger melakukan tugas yang baik mengawal Erling Haaland untuk ‘sekali lagi’ mengiyakan penjelasan Roy Keane sebelum ini terhadap pemain itu ketika Manchester City bertandang ke Real Madrid awal pagi semalam.

Sebelum sepak mula, peminat Real Madrid menuntut balas dendam menjelang perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), menentang Manchester City di Bernabeu.

Seperti yang sudah dijangka, bekas bintang Chelsea, Rudiger, akan diberikan tugas untuk mengekang asakan daripada penyerang berbisa itu dan dia telah melaksanakan tugasannya dengan cemerlang.

Rudiger yang memenangi pertarungannya dengan Erling Haaland, mendakwa yang dia sangat tenang dalam mengawal pemain kebangsaan dari Norway itu.

Antonio Rudiger melakukan tugas yang baik mengawal Erling Haaland untuk ‘sekali lagi’ mengiyakan penjelasan Roy Keane sebelum ini terhadap pemain itu ketika Manchester City bertandang ke Real Madrid awal pagi semalam. Sebelum sepak mula, peminat Real Madrid menuntut balas dendam menjelang perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), menentang Manchester City di Bernabeu.

Seperti yang sudah dijangka, bekas bintang Chelsea, Rudiger, akan diberikan tugas untuk mengekang asakan daripada penyerang berbisa itu dan dia telah melaksanakan tugasannya dengan cemerlang. Rudiger yang memenangi pertarungannya dengan Erling Haaland, mendakwa yang dia sangat tenang dalam mengawal pemain kebangsaan dari Norway itu.

Dakwaan Roy Keane sebelum ini, mengatakan bahawa permainan umum Haaland berada pada tahap 'Liga Dua' jelas agak melampaui batas, tetapi bekas pemain Manchester United itu tetap bersetuju dengan pendapatnya sendiri.
Dakwaan Roy Keane sebelum ini, mengatakan bahawa permainan umum Haaland berada pada tahap 'Liga Dua' jelas agak melampaui batas, tetapi bekas pemain Manchester United itu tetap bersetuju dengan pendapatnya sendiri.