Skip to main content

Bola Sepak

Tan Cheng Hoe sukar terima kelekaan tonggak Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm-fc.jpg
PDRM 1 SELANGOR 0

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, seakan sukar menelan hakikat hilang mata berharga ketika tersungkur kepada PDRM FC, sebentar tadi. 


Gol jaringan Bruno Suzuki yang menyambut umpanan tinggi di dalam kotak selepas sejam permainan menjadi pemisah pertembungan di Stadium MBPJ itu untuk merencatkan hajat Gergasi Merah melakar kemenangan Liga Super keempat berturut-turut.

"Pasukan telah bermain dengan begitu baik dan pemain menunjukkan komitmen tinggi.

"Kalau tidak jaringkan gol dalam 1-2 peluang, sebaliknya pihak lawan hanya memerlukan satu peluang sahaja. 

"Jadi kami tidak boleh leka baik ketika menyerang dan bertahan. 

"Kami sudah jangka PDRM menjurus kepada corak lebih bertahan sebab itulah saya berpesan kepada kena bijak.




"Tapi oleh kerana kelekaan beberapa pemain, kami dibolosi dengan gol yang tidak boleh diterima," katanya selepas perlawanan. 

Sementara itu, ketua jurulatih Sang Saka Biru, Azzmi Aziz, memuji keseimbangan barisannya dalam merealisasikan rencananya.

"Kami menjadi daripada segi bertahan dan menyerang.

"4-5 pertahanan kami sentiasa dapat mengekang asakan Selangor," katanya. 

Dalam masa sama, Johor Darul Ta’zim (JDT) kekal di puncak sementara Terengganu FC yang merakamkan kemenangan 3-0 di laman sendiri ke atas kelab bergelut yang kini dikemudi sementara oleh Yusri Che Lah, Perak FC.


 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video