Umpama sirih pulang ke gagang, seorang lagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal dipinjamkan keluar dan kali ini bakal berkelana ke utara tanah air.

Kembali ke pasukan negeri kelahiran mengingatkan semula pemain tengah itu yang menyerlah ketika bersama dengan pasukan negeri kelahirannya, Penang FC sehingga berjaya memancing perhatian pasukan kebangsaan.


Nama Syameer Kutty Abba antara pemain yang dikaitkan kembali ke pangkuan pasukan negeri dan dijangka akan memulakan sesi latihan bersama Penang selepas perayaan Aidilfitri.

Keperluan pemain itu bersandarkan kepada kehendak ketua jurulatih Penang, Akmal Rizal Rakhli, merujuk kepada keperluan di jentera tengah.

Difahamkan proses untuk mendapatkan pemain tersebut sudah bermula sejak Februari lalu.