Skip to main content

Bola Sepak

Sri Pahang FC masih tunggu jawapan Safawi Rasid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

safawi-rasid.jpg
Tiga minggu menuju jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M), Sri Pahang FC antara yang terawal mempersiapkan kertas kerja untuk membawa masuk kudrat pemain tempatan dan import demi memperkasakan skuad kendalian Fandi Ahmad itu. 

Kelab yang berpangkalan di Pantai Timur itu menghuni tangga keempat selepas tamat pusingan pertama Liga Super, lantas pengurusan tertinggi skuad Tok Gajah mengesahkan sedang menilai senarai pemain yang dikhendaki bagi posisi penyerang utama serta pemain sayap.

Difahamkan, Sri Pahang sedang meneliti rundingan untuk meminjam pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid -- langkah serupa seperti bekas Izham Tarmizi Roslan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan Syazwan Andik Ishak.

"Pastinya kehadiran Safawi Rasid bersama Sri Pahang amat dinanti-nantikan menerusi kebolehannya. 

"Namun, kami masih dalam penantian. Kami tidak ada kepastian mengenai Safawi, kami masih menunggu. 




"Kalau dia ada keinginan dan atas keizinan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk membenarkannya bermain di sini. 

"Terpulang kepada keputusan JDT (Johor Darul Ta'zim) dan kami terbuka dalam menerima sekiranya Safawi ingin bermain dengan Sri Pahang," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang.

Fandi turut menggesa pihak pengurusan agar memburu seorang penyerang sokongan bagi meringankan beban Kpah Sherman yang beraksi dalam kesemua 14 perlawanan liga musim ini dengan pencarian tonggak import itu melibatkan dari benua Afrika.

""Kami memang ada berbincang mengenai situasi Kpah Sherman yang berseorangan di barisan hadapan dan kecederaan yang menimpa Lucas (Silva) pastinya mengundang kebimbangan sama ada dia sempat pulih atau tidak. 

"Tetapi penilaian juga terpulang kepada kata putus barisan kejurulatihan. 

"Dengan kebijaksanaan Fandi dan Datuk Dollah Salleh (pengurus pasukan), mungkin akan ada perubahan dalam jendela perpindahan kedua kelak," katanya.  

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video