Sri Pahang FC terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk berkongsi mata dengan dengan Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Makmur bagi saingan Liga Super, sebentar tadi.

Kedah tidak menunggu lama bagi menyesuaikan diri beraksi di Kuantan apabila berjaya mendahului seawal minit ke-12, rembatan daripada luar kotak penalti daripada Amirul Hisyam Awang Kechik gagal ditampan penjaga gol pahang, Daniel Wafiuddin.

Permainan skuad kendalian Dollah Salleh tidak terkesan dengan jaringan awal pelawat, mereka bangkit menyamakan kedudukan apabila Manuel Hidalgo berjaya melakukan lambungan yang ditampan masuk Kenny Athiu menembusi gawang Kedah bagi menyaksikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Aksi di antara kedua-dua pasukan ini kekal seimbang dalam misi mencari jaringan, Syazwan Zainon, berjaya meledak gol selepas menemui hantaran Rizal Ghazali.

Ternyata Kedah memiliki kesukaran untuk mengekalkan kelebihan berdepan pasukan tuan rumah susulan Loqman Hakim menjaringkan gol sendiri pada minit ke-85.

Kedua-dua pasukan terus memburu jaringan kemenangan namun ia gagal diterjemahkan sekaligus menyaksikan mereka berkongsi mata di Kuantan.

Keputusan lain

Liga Perdana

KUCHING CITY 1 NEGERI SEMBILAN 2