PAHANG 2 SABAH 1

Penantian Sri Pahang FC untuk memburu kemenangan sulung dalam kempen Liga Super 2021 berakhir apabila menundukkan Sabah FC 2-1, sebentar tadi.


Tok Gajah, bagaimanapun, dipaksa menunggu hingga minit ke-55 untuk memecah kebuntuan dalam pertembungan keempat Liga Super itu selepas melepaskan tiga peluang berharga dalam separuh masa pertama di Stadium Darulmakmur.

Pemain import tengah, Lee Tuck, menghidupkan jentera Sri Pahang untuk melancarkan asakan tetapi Sang Badak turut mengintai jaringan pendahuluan yang memaksa tiga kad kuning dikutip oleh skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Kepincangan di bahagian pertahanan kiri Sabah kemudian dihukum dalam dua situasi.

Penyerang import dari Ukraine, Yevhen Bokhashvili, yang tidak kawal dalam situasi sepakan percuma tidak membazirkan peluang terhidang di dalam kotak penalti dengan melepaskan satu rembatan voli kencang untuk jaringan pertama.

Tuan rumah menggandakan kedudukan apabila lonjakan Lee Tuck menyaksikan bola menerjah ke gawang lawan pada minit ke-70.

Tersentak dengan kedudukan itu, Sabah meningkatkan usaha untuk mengurangkan defisit gol apabila tandukan pemain kelahiran Indonesia, Saddil Ramdani, namun didakap kemas penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin.

Saddil semakin rancak menguji pintu gol bekas majikannya itu dan akhirnya melepaskan satu tandukan kencang untuk kedudukan 1-2 melalui sepakan percuma pada minit ke-80.

Kombinasinya bersama Amri Yahyah selepas itu sering mencetuskan gusar buat seketika tetapi Pahang kembali menyusun gerakan bagi menghadkan gerakan lawan yang menyaksikan Lee Tuck memiliki peluang terhidang untuk mencengkam permainan.

Kemenangan ini juga membolehkan Sri Pahang keluar dari zon penyingkiran yang kini dihuni Sabah dan UiTM FC.


Posted by Sabah Football Club on Tuesday, March 16, 2021


Dalam satu lagi aksi Liga Super malam ini, Penang FC terpaksa akur dengan kegagalan di jentera serangan apabila buntu tanpa jaringan dengan UiTM di Stadium Bandaraya.

Ia juga mata pertama buat skuad bimbingan Frank Bernhardt itu selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut.

? KEDUDUKAN LIGA SUPER - LS4 #LigaSuper2021

Posted by Malaysian Football League on Tuesday, March 16, 2021


Keputusan Liga Perdana:

SARAWAK UNITED FC 2 KUCHING CITY 0

SKUAD PROJEK FAM-MSN 1 PDRM FA 3

TERENGGANU II 0 KELANTAN FC 0

? AKSI PERLAWANAN LIGA PREMIER - LP4 TERENGGANU FC II 0-0 KELANTAN FC #LigaPremier2021

Posted by Malaysian Football League on Tuesday, March 16, 2021