Jack Grealish merupakan pemain yang paling mahu disaksikan peminat bola sepak England dalam Euro 2020 lalu.

Kini pemain itu sedang berpeluang untuk menyertai kelab Liga Perdana Inggeris yang lebih besar.

Grealish kini dilaporkan semakin hampir untuk meninggalkan Aston Villa menjelang musim depan.

"Pemain sayap England, Jack Grealish, telah bersetuju dengan terma peribadi untuk menyertai Manchester City," demikian dilaporkan Football Insider.

Walaupun membesar selaku penyokong Villa dan menghabis hampir keseluruhan kerjayanya bersama kelab itu, Grealish kini sedang diperhatikan kelab-kelab besar EPL.

City dilaporkan sedang menyediakan dana berjumlah £90 juta (RM522.97 juta) untuk mendapatkan Grealish, yang kelihatan amat sukar untuk ditolak Villa.

A post shared by Aston Villa FC (@avfcofficial)