Ole Gunnar Solskjaer memuji David de Gea selepas berjaya menafikan penalti ketika Manchester United merakamkan kemenangan ke atas West Ham, manakala menolak perbicangan mengenai gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penjaga gol United, De Gea, menyelamatkan penalti buat pertama kali dalam 41 percubaan bagi membantu Red Devils melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas West Ham.

Jesse Lingard melencong bola pada minit ke-89 untuk meletakkan United di hadapan selepas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, terlebih dahulu menafikan jaringan pembukaan Said Benrahma di London, di mana De Gea diangkat sebagai wira pasukan.

De Gea menafikan penalti Mark Noble pada minit ke-95 -- pemain kebangsaan Sepanyol itu menamatkan kemarau sejak April 2016 tanpa menyelamatkan sebarang penalti.


"Saya percaya dengan kemampuan David dan saya pernah melihat dia melakukannya [menafikan sepakan penalti]," kata Solskjaer. "Dia melakukannya ketika bertemu Crystal Palace musim lalu, dan kakinya seinci kurang di luar garisan.

"Saya juga telah melihat Mark Noble menjaringkan banyak penalti. Anda menjangkakan dia mampu menyempurnakannya tetapi David berjaya meneka arah bola dengan baik."


Skuad kendalian Solskjaer kini tidak tewas dalam 14 perlawanan di tempat lawan bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila bolo awal (Menang 10 Seri 4), termasuk kemenangna 3-1 dalam perlawanan yang sama musim lalu.

United -- yang tidak memenangi EPL sejak 2012-13 -- kini berkongsi mata dengan Chelsea dan Liverpool di puncak lagi selepas lima perlawanan.

"Kami telah melewati lima perlawanan, dan saya berkemungkina dua kehilangan tugas saya semalam [Sabtu, selepas tewas kepada Young Boys dalam saingan Liga Juara-Juara]," kata Solskjaer.

"Jadi, inilah cara Man United.

"Kami berusaha dan berusaha seperti yang dilakukan hari ini. Saya berasakan mereka berhak meraih tiga mata dan anda mengetahui venue amat sukar untuk memperoleh keputusan yang positif.

"Mudah-mudahan kita dapat, dapat membuat perbezaan, mari kita lihat ketika kita menuju ke bulan April dan Mei."