Anak buah kendalian Ong Kim Swee (OKS), Sabah, menepati ramalan apabila berjaya mengetepikan lawan dari Singapura, Hougang United dalam aksi pramusim Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup), di Stadium Likas, malam semalam.

Pemain kebangsaan, Stuart Wilkin, terlebih dahulu meletakkan The Rhinos di hadapan sebelum pemain sayap lincah dari Indonesia, Saddil Ramdani, menghadiahkan kemenangan buat pasukan itu pada minit ke-74.


Selepas ini, Sabah akan menentang pasukan KL City, dalam aksi seterusnya manakala Hougang United akan bertemu skuad bimbingan Aidil Sharin, Kuching City di Stadium Likas, esok.