Perlawanan akhir Piala Sabah Maju Jaya (SMJ Cup), membabitkan pertembungan di antara Sabah menentang Kuala Lumpur City (KL City) berakhir dengan keputusan 1-0.

The Rhinos memecahkan kebuntuan pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh penyerang import, Ramon Machado.

Detik cemas buat penyokong Sabah hadir pada minit ke-82 permainan apabila penyerang muda, Haqimi Azim, berjaya menyamakan kedudukan namun penjaga garisan terlebih dahulu sudah mengangkat bendera menandakan jaringannya itu sudah pun ofsaid.