Kedua-dua pemain itu merupakan watak paling berpengaruh ketika Rojiblancos meraih kemenangan 3-0 dalam aksi LaLiga di Coliseum Alfonso Perez, di mana Felix menghasilkan tiga bantuan jaringan dan Morata pula menjaringkan gol berganda.
Ia merupakan kepulangan menarik buat kedua-dua pemain itu di Atletico selepas Felix menghabiskan musim lalu dengan kecederaan dan Morata pula baru sahaja menamatkan dua musim secara pinjaman di Juventus.
Felix, secara khususnya, telah menunjukkan betapa dia sudah berkembang di depan Simeone, yang berkata bakat bintang Portugal itu telah membuktikan segala-galanya.
"Dia kelihatan lebih matang dan kuat. Dia telah menunjukkannya musim lalu sehinggalah dia terpaksa direhatkan kerana kecederaan.
"Dia sedang berkembang, dia menunjukkan kematangan dan dapat melihat apa yang orang lain tidak dapat lihat.
"Anda tidak perlu memaksa apa-apa. Segalanya tiba dengan natural dan dia telah berusaha untuk sampai ke tahap ini.
"Dia memiliki bakat, dia memiliki sasaran dan harap-harap dia boleh melakukan apa yang diperkatakan di sini sewaktu di atas padang," katanya.
They’re cooking this season ? pic.twitter.com/KDv7KPUe8b
— Atlético de Madrid (@atletienglish) August 15, 2022
Mengulas mengenai masa depan Morata, Simeone menambah: "Saya bukan pemilik kelab ini, saya hanya jurulatih.
"Dia melakukan segalanya dengan amat baik, berusaha dengan cara yang luar biasa dan kami berharap Morata akan kekal bersama kami.
"Saya fikir setiap pemain perlu mempunyai keyakinan untuk melakukan perkara penting.
"Dia tiba dengan kerendahan hati, keinginan untuk berusaha tanpa meminta apa-apa, berusaha untuk mendapatkan kecergasannya dan itulah yang kami mahu lihat," katanya lagi.