Frank Lampard mempertahankan Tammy Abraham untuk menjaringkan gol buat England selepas penyerang Chelsea itu dipanggil menyertai skuad The Three Lions menjelang saingan kelayakan Euro 2020 menentang Republik Czech dan Bulgaria.
Pengendali England, Gareth Southgate, menamakan Abraham serta rakan sepasukannya di Chelsea, Fikayo Tomori dan Ross Barkley, dalam skuadnya dan Lampard berkata kesemua tiga pemainnya itu layak menerima penghargaan itu selepas menyinar bersama The Blues.
Abraham menjaringkan tujuh gol dalam tujuh penampilan Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea musim ini dan turut menghasilkan gol ketika pasukannya menewaskan Lille 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Lampard, yang menjaringkan 29 gol dalam 106 penampilan buat England, yakin penggempur berusia 22 tahun itu -- yang telah beraksi dua kali untuk The Three Lions -- akan berjaya di peringkat antarabangsa, berkata: "Saya rasa ia sesuatu yang berhak diraih.
"Dia telah menjaringkan gol secara kerap untuk kami dan semua orang tahu dia berada pada prestasi terbaik. Saya fikir dia berada dalam percaturan Southgate sepanjang musim berdasarkan permainan yang ditunjukkan.
"Ia satu perkembangan semula jadi untuknya. Saya berbesar hati. Dia berbangga mendapat panggilan.
"Saya tidak mahu meletakkan beban tinggi kepadanya tetapi sedikit demi sedikit, dia menunjukkan bahawa dia boleh menjaringkan gol dua kali dalam Liga Kejuaraan dan kini dalam Liga Perdana Inggeris.
"Secara semula jadi, apabila dia menyertai skuad England, dia memiliki kemampuan dan boleh berjaya. Ia satu batu loncatan buatnya tetapi saya yakin dia memiliki keperluan untuk bergelar penjaring gol buat England."
Abraham dijangka membarisi skuad Chelsea dalam kempen Liga Perdana Inggeris berdepan Southampton di laman lawan esok sambil skuad kendalian Lampard itu berharap mampu meneruskan rentak kemenangan buat kali pertama musim ini.
Lampard berkata pihak kelab sedang memantau perkembangan N'Golo Kante selepas dia mengalami kecederaan paha.
Kante beraksi 90 minit ketika Chelsea menundukkan Lille pertengahan minggu ini tetapi dia hanya tampil dua kali dalam kesebelasan utama bagi saingan liga.
Pengurus Chelsea itu menegaskan tempat Kante dalam kesebelasan utama menentang Southampton masih belum pasti, apabila berkata: "Ia sesuatu yang kami perlu lihat dalam tempoh 24 atau 48 jam bagi memastikan dia pulih memandangkan mereka baru pulang daripada kunjungan ke Lille.
"Apa yang jelas, dia masih belum beraksi secara kerap. Daripada segi kecederaan, dia baik. Tiada masalah lain daripada perlawanan itu.
"Ia hanya untuk memastikan dia cergas dan bersedia, itu yang saya pentingkan."
Penulis Jemputan
Sat Oct 05 2019


Naomi Osaka and Emma Raducanu both fall in opening round of the Canadian Open
Coco Gauff looked stylish on the way to her opening win, while Naomi Osaka was forced to retire while down a set due to a back injury.

Kyrgios, Norrie and Fritz advance through opening round of the Canadian Open
Some big names advanced to the second round, while Andy Murray, Matteo Berrettini and hometown hero Denis Shapovalov were not so lucky.

Judge denies LIV Golf signees entry into the FedEx Cup
A judge ruled on Tuesday that LIV Golf signees had no right to play in the FedEx Cup after accepting their lucrative contracts.

Boult granted release from New Zealand Cricket contract
At 33 years old, Black Caps quick Trent Boult has decided his days of travelling the world for international cricket are just about over.

Van Bronckhorst ecstatic as Rangers comeback keeps Champions League qualification dream alive
Rangers will meet Ruud van Nistelrooy's PSV in the Champions League qualification play-offs after another memorable game at Ibrox.

Glasner stresses need for 'special' Frankfurt defence against Benzema-inspired Madrid
Eintracht Frankfurt were thrashed 6-1 by Bayern Munich on Saturday, and Oliver Glasner knows that defensive performance cannot be repeated.

Marseille confirm deal 'in principle' to sign Alexis Sanchez
Alexis Sanchez is on his way to Marseille after his Inter contract was terminated on Monday.

Evergreen Modric sees no reason why Qatar World Cup should affect Madrid game time
Luka Modric will turn 37 in September, but Real Madrid's mercurial midfielder is seeing no reason why he should start slowing down.

Ten Hag can succeed at Man Utd but only if afforded time – Litmanen
Jari Litmanen has backed former Ajax coach Erik ten Hag to turn things around at Man Utd, despite a far from ideal start.

England's 'inspirational' win at 'amazing' Women's Euros evidence of development, says Finland great Kalmari
Laura Kalmari believes England's successful European Championship represented a significant development for the women's game.