Bekas penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi, sah menyertai Selangor FC bagi musim 2021, demikian diumumkan pasukan itu dalam laman web rasmi mereka sebentar tadi.

Shahrel, yang sebelum ini merekodkan jumlah jaringan menakjubkan bersama The Boss Gaurus, akan bergandingan dengan pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Super 2020, Ifedayo Olusegun, dan penjaring terbanyak tempatan Liga Perdana 2020, Ahmad Danial Asri.

Lebih mesra disapa Eky, Shahrel mempamerkan sentuhan pemusnahnya dengan menjaringan 10 gol daripada 10 perlawanan musim lalu.

Dalam kenyataan itu, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, berkata kehadiran penyerang kebangsaan itu menggembirakan barisan kejurulatihan skuad The Red Giants berkenaan.

"Eky salah seorang pemain paling berbakat di Malaysia. Kami sudah lama melihat dan mengekori perkembangan Eky secara dekat ketika dia mewakili Perak dan skuad kebangsaan.

"Alhamdulillah, selepas beberapa bulan, jurulatih Michael (Feichtenbeiner) dan jurulatih Karsten (Neitzel) amat gembira kerana Selangor FC dapat menandatangani Shahrel sebagai pemain utama kami musim depan.

"Eky telah membuktikan kemampuan dan ketajamannya untuk mencabar pemain import dalam carta penjaring terbanyak musim lalu.

"kami percaya bahawa Eky boleh menjadi lebih bagus dan membawa Selangor ke peringkat lebih tinggi di samping menjadi penyerang penting untuk membawa lebih kejayaan buat Selangor dan skuad kebangsaan," katanya.

IT'S OFFICIAL! Shahrel Fikri kini sah menyarung jersi Gergasi Merah buat musim 2021. ? Klik pada pautan untuk baca...

Posted by Selangor FC on Monday, 7 December 2020