Penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri Fauzi, menjadi antara watak utama kemenangan Negeri Sembilan malam tadi apabila membantu memecahkan kebuntuan ketika kedudukan terikat 2-2 menerusi jaringannya pada minit ke-76.

Biarpun membolosi gawang The Red Warriors, Shahrel Fikri beranggapan masih terlalu awal untuk mengatakan ini adalah musim kebangkitannya.

Dia berharap lebih banyak minit perlawanan dapat diberikan bagi mendapat rentak dalam usahanya kembali menggegar arena bola sepak.

"Ini satu semangat berpasukan walaupun pihak lawan bangkit sebelum kami kembali mendahului permainan.

"Semangat ini yang kamu mahukan untuk kami kekalkan kemenangan.




"Saya perlu bekerja keras untuk pasukan dan diri sendiri.

"Devan akan berikan saya ruang dan peluang dan sekarang terserah kepada saya sendiri untuk membuktikan bahawa saya mampu memimpin Negeri Sembilan," katanya selepas kemenangan 4-2 di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi itu.