SALERNITANA 0 JUVENTUS 3

Juventus kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Serie A apabila Dusan Tadic menghasilkan dua gol dan satu bantuan jaringan untuk mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Salernitana awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Massimiliano Allegri itu, yang kelihatan terjejas dengan hukuman penolakan 15 mata, tidak pernah menang sepanjang tiga perlawanan liga terakhir tetapi mereka memberikan respons berbeza dalam pertemuan di Stadio Arechi kali ini.

Vlahovic membuka jaringan buat pelawat menerusi sepakan penalti pada minit ke-28 sebelum pemain kebangsaan Serbia itu membantu jaringan rakan senegaranya, Filip Kostic, pada penghujung babak pertama.

Ia sememangnya hari cukup bermakna buat Vlahovic apabila dia menemui jaringan kedua peribadinya pada minit ke-47 untuk Juventus memperbaiki kedudukan ke tangga ke-10 liga dan ketinggalan 13 mata di belakang kelompok empat teratas.

Juve seterusnya akan melayani kunjungan Fiorentina pada hujung minggu ini manakala Salernitana pula akan bertandang ke laman Hellas Verona sehari kemudian.