SARAWAK UNITED 1 SELANGOR 1


Hasrat Sarawak United untuk melebarkan kedudukan di persada Liga Super tidak kesampaian apabila terikat 1-1 dengan Selangor II.

Perlawanan yang tertunda sejak April lalu itu berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, petang tadi, dan menyaksikan anak buah E. Elavarasan berkenaan kini dua mata mendahului pencabar terdekat, Negeri Sembilan, selepas 11 perlawanan.

Penyudah penyerang import Selangor II, George Attram, pada awal separuh masa kedua memadam ledakan Uche Agba dalam masa kecederaan babak kedua.




PERAK II 1 KELANTAN 1

Kelantan pula terlepas untuk melonjak ke tangga keempat apabila senasib 1-1 dengan Perak II di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi yang menyaksikan penyerang simpanan The Red Warriors (TRW), Nurshamil Ghani, memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-56 sebelum Aizat Safuan Razal mengimbangi kedudukan, 13 minit kemudian.

Kelab Pantai Timur itu akan berdepan pasukan tercorot yang dikemudi bekas jurulatih, Yusri Che Lah, iaitu Skuad Projek FAM-MSN, di tempat sendiri, Sabtu minggu depan.

Sementara itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan enam perlawanan yang merangkumi venue dan sepak mula perlawanan bersangkutan kes COVID-19.