Keinginan untuk meneruskan momentum kemenangan bagi memastikan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini tidak terancam telah membuatkan Arsenal bangkit daripada ketinggalan.

Jaringan pendahuluan Manchester United daripada Marcus Rashford itu telah membuatkan anak didik Mikel Arteta tersentak lalu terus bangkit memulakan gerakkan melalui kekuatan yang mereka ada -- menggunakan kepantasan dan kreativiti yang ada pada pemain sayap Arsenal seperti Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli, serta dibantu pemain midfield yang kreatif seperti Granit Xhaka.

Jika diperhatikan sepanjang perlawanan, The Gunners bijak mengambil kesempatan di atas sedikit kesilapan taktikal yang digunakan oleh Erik Ten Hag terutama ketika bertahan.

Apabila bertahanm anak didik Ten Hag akan tertumpu di dalam kotak penalti bagi menjadikan situasi di kawasan itu padat dan beranggapan bahawa penyerang tuan rumah tidak mampu melakukan jaringan tetapi jangkaan itu salah.



Apabila pemain Tje Red Devils memberi sedikit ruang di sebelah tepi itulah yang digunakan sebaiknya oleh anak didik Arteta.

Lihat sahaja bagaimana gerakan ketiga-tiga jaringan yang diperolehi oleh The Gunners apabila semua jaringan bermula dari gerakkan dari tepi.

Dua jaringan yang dilakukan oleh Eddie Nketiah berpunca daripada hantaran lintang daripada rakan sepasukannya selepas sedikit ruang diberikan dan jaringan Saka melalui rembatan jarak jauh juga berpunca daripada ruang di sebelah tepi.




Kesilapan itulah yang membuatkan The Gunners berjaya mencipta kemenangan ke-87 daripada 238 pertemuan dengan The Red Devils dan sudah tentu dengan kemenangan ini akan menambah keyakinan anak didik Arteta untuk terus mencari kemenangan pada setiap perlawanan bagi memastikan The Gunners mampu membawa pulang piala Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini ke Islington, London, setelah 19 tahun tidak memenanginya.


nilah saat terbaik untuk anak didik Arteta mengembalikan zaman kegemilangan Arsenal kerana mereka semua berada pada prestasi terbaik.