Berdasarkan prestasi semasa dan corak permainan yang dipamirkan oleh anak-anak buah Tan Cheng Hoe dalam beberapa perlawanan musim ini, ia boleh dikategorikan sebagai sebuah pasukan yang perlu diberikan perhatian dalam saingan Liga Super kerana Selangor mempunyai sebuah pasukan yang lengkap dengan para pemain yang berkualiti dari segi teknik, baik daripada pemain senior atau pemain muda. Dengan kelebihan itu mereka mampu menterjemahkan indentiti bola sepak Selangor dengan corak pergerakkan pantas dan transisi yang cepat.

Dengan formasi 4-3-3 yang diterapkan itu sebenarnya banyak memberi kelebihan kepada The Red Giants sebagai juara Liga Super 2 kali, Piala FA 5 kali dan Piala Malaysia 33 kali itu kerana dengan formasi itu jelas ia menunjukkan permainan secara terbuka yang dan menekankan menyerang selain bertahan secara berpasukan.Ini boleh lihat perubahan formasi ketika menyerang apabila dengan pantas pemain tengah berada di bahagian serang untuk pasti ramai didalam kawasan penalti dan menjadi formasi 2-3-5 atau 2-4-4 sebagaimana kita boleh lihat kedudukan Brendan Gan, Mukhairi Ajmal dan Hein Htey Aung.

The Red Giants juga mengamalkan gerakkan yang perlu mengekalkan betuk segi tiga atau segi empat baik ketika menyerang atau bertahan supaya pemain-pemain The Red Giants sentiasa ada pilihan dalam melakukan hantaran atau berada pada zon mereka untuk bertahan. Lebih positif lagi tentang skuad kendalian Tan Cheng Hoe ini ia akan memulakan serangan melalui zone tengah kerana dari situ setiap gerakkan itu akan cepat sampai kehadapan pintu gol lawan. Ini boleh di lihat ketika gergasi Lembah Klang itu menentang Pahang tempoh hari kerana ada gerakkan itu hampir menghasilkan jaringan.

Namun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Tan Cheng Hoe seperti ketajaman penyudah dan di pertahanan tengah serta kiri terutama Sharul Nazeem dan Fazly Mazlan kerana kedua-dua pemain ini sering hilang fokus dan akan melakukan kesilapan-kesilapan yang mampu mengundang padah pada pasukan sendiri atas kesilapan-kesilapan yang dilakukan sebagaimana sepakan penalti yang dimiliki Pahang. Mereka ini perlu bijak dalam mengawal emosi dan tekanan apabila berhadapan dengan pasukan-pasukan yang punya penyerang yang baik. Jika sitiuasi ini dapat di ubah oleh Tan Cheng Hoe tidak mustahil untuk Selangor menjadi sebuah pasukan yang mampu mencabar Johor Darul Ta’zim dalam perebutan takhta Liga Super musim ini.