Ketua jurulatih Selangor, Mohd Nidzam Jamil, berpuas hati secara keseluruhan dengan aksi pramusim Selangor sebelum menjelang saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 bulan depan.

Selangor berjaya menjuarai kejohanan empat penjuru, Selangor Kusel Asia Challenge (SAC) 2024 selepas mengumpul sebanyak 14 mata hasil kemenangan mengalahkan Young Elephants dan DPMM, di Stadium Petaling Jaya, semalam.

Selangor bakal bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bagi pertemuan Piala Sumbangsih 2024 pada bulan depan.

"Kita berpuas hati dengan persiapan kita serta dengan kehadiran pemain muda yang baru pulang dari Qatar serta beberapa kecederaan. Saya rasa pramusim ini berjaya.

"Apabila kita bermain di tempat lawan nanti dan bertemu lawan sepeti JDT pasti ada sedikit perbezaan dan penambahbaikan dari segi taktikal.

"Saya boleh katakan perjalanan kita bertemu JDT nanti dengan baki 12 hari semuanya di landasan yang baik." katanya.