Dalam kerancakan memperkasakan corak permainan, Selangor FC turut memberi tumpuan kepada aspek menaiktaraf Stadium Petaling Jaya.

Ia bagi tujuan memenuhi tahap piawaian Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memandangkan skuad kendalian Nidzam Jamil berkenaan sudah mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).




Usaha itu turut merangkumi tempat duduk, pencayaan, sistem suara, bumbung, sumber air, rumput dan sistem perparitan yang sudah diumumkan sejak hujung tahun lalu lagi.

Penyokong Gergasi Merah dijangka berpeluang menikmati pengalaman pertama perubahan ini menerusi sebuah kejohanan pra-musim pada 26 April ini.

A post shared by Selangor Fans Official ®️ (@selangorfans_official)