Erik ten Hag berkata dia tidak peduli dengan spekulasi mengenai masa depannya sebagai pengurus Manchester United.

Musim pertama yang memberangsangkan menyaksikan kegemilangan Piala EFL diikuti dengan menduduki tempat ketiga Liga Perdana Inggeris dan naib juara Piala FA, namun keadaan makin meleset musim ini.

United berdepan perebutan kelayakan Liga Juara-Juara ketika musim bakal menemui penghujung, dengan kemenangan 4-3 masa tambahan aksi suku akhir Piala FA yang menakjubkan menentang saingan Liverpool memberi nafas baharu kepada pasukan.

Separuh akhir di Wembley menentang Coventry adalah ganjarannya tetapi keputusan itu tidak menghentikan perbincangan tentang masa depan Ten Hag semasa rehat antarabangsa kerana Ineos yang bercita-cita tinggi mempertimbangkan pilihan mereka.

Pengurus England, Gareth Southgate, dikaitkan untuk mengambil alih United tetapi dia menganggap 'tidak menghormati pengendali semasa kelab', walaupun pengendali Belanda itu kelihatan tidak akan ke mana-mana.

“Anda tahu apabila anda bekerja di Man United akan sentiasa ada kritikan, khabar angin di sekeliling kelab, pengurus, pemain, apa sahaja,” kata Ten Hag.

“Akan selalu ada (satu) isu, untuk dibincangkan anda semua. Sudah tentu kami mempunyai minat yang berbeza, tetapi kami tidak memberikan tumpuan kepada itu.

"Kami memberi tumpuan kepada proses, kami memberi tumpuan kepada pasukan untuk bermain dengan lebih baik, untuk memperbaiki cara permainan, jadi saya tidak peduli dengan perkara lain."

Menjelang kembali ke Stadium Komuniti Gtech buat kali pertama sejak itu, Ten Hag berkata mengenai kritikan, “Saya pernah menjadi jurulatih di Ajax. Situasi yang sama berlaku.

“Anda sudah biasa, jadi kami tidak kisah. Pemain tidak peduli, saya tidak peduli. Kami bersama-sama dalam kapan ini dan kami tahu kami perlu beraksi dan mendapatkan keputusan yang positif.”