Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tetap dengan pendiriannya untuk tidak melepaskan jawatan 'kerusi panas' nombor satu badan induk itu.

Presiden FAM tersebut memberi bayangan untuk terus menyumbang tenaga kemudi badan induk itu apabila ditemu ramah oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata terdapat berbaki misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.

"Saya tidak boleh meninggalkan kapal saya, kalau saya mahu tinggalkan saya akan tinggalkan dalam keadaan yang baik" katanya.

Datuk Hamidin yang enggan meninggalkan 'kapal layaran' beliau itu masih belum bersedia untuk memberikan jawatan di sandangnya kini kepada individu lain meskipun sudah ada yang layak untuk menggantikannya.

Tambahnya, hanya ahli gabungan sahaja yang boleh menentukan sesiapa saja yang layak untuk menjadi presiden badan induk tersebut.