Ketua pasukan Sarawak United, Taylor Regan, sedikit terkilan untuk menyambung kempen Liga Malaysia (Liga-M) apabila tersisih akibat kecederaan ringan.

Selepas tiga bulan tidak beraksi, perlawanan pusingan ke-11 Liga Perdana yang tertunda membabitkan Selangor II dan Sarawak United akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, petang esok.

"Malangnya ketika berdepan Kuala Lumpur City pada Isnin lalu (bagi aksi persahabatan), saya bertembung dengan salah seorang pemain lawan.

"Mujur saya tidak dilanda kecederaan walaupun pada awalnya menyangka patah tulang rusuk, saya berharap hanya terlepas satu perlawanan sahaja dan akan kembali ketika berdepan Perak II kelak (25 Julai).

"Walaupun kami dilabel pasukan orang tua, kami mempunyai latar belakang berbeza sebagai pengalaman dalam kancah di Malaysia.

"Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jayaseelan, saya sendiri, Sandro Da Silva, Uche Agba sementara Lee Chang-hoon juga sudah beberapa musim bersaing di sini.

"Saya kerap digandingkan dengan wira dari Sabah, Badrul Affendy. Saya dikeluarkan akibat kecederaan ketika bertemu PDRM (16 April lalu) dan sekembalinya ke pangkuan pasukan, Badrul pula menjalani penggantungan.

"Jadi saya dipasangkan dengan Stuart Wark pula. Sehubungan itu, Sarawak United kini mempunyai tiga pertahanan tengah untuk merebut tempat dan dengan demikian posisi ini tidak akan menjadi masalah," katanya dalam Nadi Arena sebentar tadi.






Biarpun terlepas perlawanan membabitkan, bekas tonggak Selangor itu melancarkan perang psikologi apabila melabel skuad kendalian Michael Feichtenbeiner itu seperti anaknya.

Ia ekoran Selangor II rata-rata dibarisi pemain muda.

"Selangor II merupakan pasukan muda. Mereka pantas, memiliki kecergasan tinggi termasuk kemahiran.

"Mereka sebuah pasukan yang sangat bagus.

"Sebelum ini saya melayani mereka seperti anak sendiri. Hariff Haikal saya dengan zikry akan kembali beraksi.

"Tapi saya percaya kami memiliki pengalaman dan mereka akan menyinar."