Dengan Liga Malaysia bakal berkunjung pada bulan Mei, semua pasukan sedang melakukan persiapan rapi walaupun sedang menghadapi ramadan.

Lebih menarik, Derbi Utara datang lebih awal apabila Kedah Darul Aman bakal hadapi Penang B23 tahun di Stadium Sultan Abdul Halim pada Jumaat malam.




Perlawanan itu merupakan salah satu usaha dalam persiapan pra musim Kedah Darul Aman susulan masalah gaji yang dihadapi mereka baru-baru ini.

Tumpuan pasti terarah kepada pemain-pemain baharu yang dibawa masuk Nafuzi Zain demi memperkuatkan barisan serangan, lebih-lebih bekas hero peminat yang kembali sarung jersi Sang Kenari, Syafiq Ahmad.

Semua peminat boleh turun ke Stadium Sultan Abdul Halim Jumaat ini pada pukul 10.00 malam, menariknya tiket hanya dijual pada harga RM5 dan para peminat bakal mendapat Kalendar 2024 & Sampul Raya eksklusif secara percuma.