Renato Sanches menyatakan kegembiraannya sejurus mengetahui Bayern Munich ingin memastikan dia kekal untuk musim akan datang.

Pemain Portugal itu menempuhi pengalaman menyedihkan ketika dipinjamkan kepada Swansea City pada 2017-18 dan kerap tersisih di bawah kendalian Niko Kovac musim lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu hanya memulakan enam perlawanan dan tidak menyembunyikan kekecewaannya ekoran aksi yang terhad tatkala Fenerbahce dilaporkan berminat untuk menandatanginya sejak beberapa bulan lalu.

Namun, Bayern enggan melepaskan pemenang Euro 2016 itu, justeru dia menjangkakan peranan yang lebih besar di Allianz Arena pada musim depan.

"Apabila pengurus mengatakan begitu kepada saya, saya berasa senang. Walaupun saya mahu berpindah, saya rasa dihargai," katanya kepada Bild.

"Tetapi saya juga memerlukan minit permainan. Saya mahu beraksi kerana itulah yang paling penting buat saya.

"Pengurus dan saya telah berbincang dengan panjang lebar dalam sekali dua, saya tahu apa yang dituntutnya daripada saya, hubungan kami adalah normal, kami berjabat tangan dan bercakap secara normal."