Pemain kebangsaan Belgium itu hanya turun dalam kesebelasan utama buat kali kedua dalam perlawanan berdepan Atletico Madrid tetapi mempamerkan persembahan yang cemerlang ketika membantu The Blues meraih kemenangan 2-1.
Hazard vs. Atletico
— EiF (@EiF_Highlights) September 27, 2017
Hazard tore apart a giant of Europe as he once again proved he is among the best in the world. pic.twitter.com/8TErXsmpgF
Rakan sepasukan, Alvaro Morata, menyifatkan pemain berusia 26 tahun itu sebagai salah seorang daripada tiga pemain terbaik dunia dan Conte yakin Hazard mampu membuktikan kebolehannya menjelang aksi berdepan Manchester City.
"Hazard sudah pasti merupakan salah seorang pemain terbaik dunia," kata Conte.
"Saya berasakan musim ini dia memiliki peluang kerana kami bersaing dalam UCL.
"UCLdan EPL adalah saingan yang sangat penting untuk pemain membuktikan kualiti sebenar mereka dan dapat bersaing dengan pemain-pemain yang terbaik. Saya berasakan ini adalah sangat penting musim ini.
Keinginan Hazard untuk berada di kemuncak sering menjadi persoalan sebelum ini, dan Conte mahu penyerang itu mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, musim ini.
"Saya percaya jika Hazard dapat mengikut jejak langkah Ronaldo dan Messi -- menjaringkan banyak gol untuk pasukan mereka -- dia mampu berdiri bersama-sama mereka.
"Kami sangat bertuah memiliki pemain sepertinya. Dia adalah seorang pemain yang berkualiti dan sangat penting untuk Chelsea."