Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, akhirnya melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama kelab Liga Thailand, Ratchaburi FC, hari ini.

“Dragon King Ratchaburi FC telah mencapai persetujuan pinjaman untuk mendapatkan khidmat pemain sayap berbakat skuad kebangsaan Malaysia, Safawi Rasid.

“Pemain kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim, itu menyertai kelab ini bagi mengisi kuota pemain ASEAN menjelang saingan pusingan kedua Liga Thai 2022/23,” kata kelab itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bulan lalu, pemain berusia 25 tahun kelahiran Dungun itu disahkan akan menyertai Ratchaburi FC selepas berakhir kempen saingan Piala AFF 2022 baru-baru ini.

Untuk rekod, antara pemain Harimau Malaya yang pernah beraksi di Liga Thailand adalah Dominic Tan(Police Tero - 2019-2021), Shahrel Fikri Fauzi (Nakhon Ratchasima - 2018), Junior Eldstal (Chonburi FC - 2021) dan Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United - 2020).

Kredit: Sinar Harian