Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, mengesahkan penyerang Portimonense SC, Safawi Rasid akan kembali bersama juara Liga Super pada tahun hadapan.

Ketika ditemubual dalam rancangan Bola@Mamak, Tunku Ismail mendedahkan Safawi, yang juga bekas bintang JDT sebelum ini, akan kembali bersama JDT.

Membincangkan mengenai persiapan pasukan bagi menghadapi musim 2021, Tunku Ismail berkata, "Perancangan untuk mendapatkan pemain bagi musim 2021 telah dilakukan lebih awal lagi, Daniel Amier Norhisham merupakan pemain yang memilik potensi dan kami telah mendapatkan khidmatnya secara percuma selepas kontraknya bersama Felda United telah berakhir, kita sedang berhubung dengan Isaac Angking sementara penyerang dari Argentina (nama yang tidak dapat didedahkan) masih lagi dalam proses akhir untuk menyertai JDT.

Apa yang mengejutkan apabila Tunku Ismail turut menyatakan, "Saya berasakan Safawi akan membuat penampilan semula bersama JDT, Safawi akan bersama JDT untuk tahun 2021. 100 peratus."

Tunku Ismail turut menyatakan bahawa dua pemain import, Gonzalo Cabrera dan Endrick dos Santos bakal mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk mewakili negara, sementara ditanyakan mahu mendapatkan bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh, Tunku Ismail menjelaskan, "Jika Sumareh mahu kembali, saya perlu dengan Pahang terlebih dahulu. Saya akan meminta restu daripada pihak Pahang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan."

Penyerang kelahiran Brazil, Alexandre Pato turut menjadi sasaran JDT, Tunku Ismail mendedahkan, "Kami telah berada dalam proses perbincangan namun dia mendapatkan tawaran yang lebih baik beraksi di Emiriah Arab Bersatu (UAE)."