Tidak kira di mana duo ini berkelana selepas ini, sama ada bersara mahupun meneruskan karier sebagai pemain, jasa S.Kunanlan dan Leandro Velazquez tetap dalam kenangan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Harimau Selatan memberikan status legenda kepada S.Kunanlan dan Leandro Velazquez selepas bertahun-tahun berkhidmat bersama pasukan dari selatan tanah air itu.

Pemain import kelahiran Argentina itu telah berjaya merangkul 14 trofi sejak menyertai kelab itu pada tahun 2019 dengan terlibat dalam 36 jaringan gol dan 32 bantuan jaringan sehingga tahun lalu.

Dia juga merupakan antara watak penting ketika JDT meraih kemenangan dalam saingan Piala AFC 2015, selepas menjaringkan gol kemenangan justeru membawa kelab itu bergelar juara.





S.Kunanlan juga berjaya memenangi 25 trofi sepanjang keriernya bersama JDT sejak berpindah masuk pada tahun 2014 dari Selangor.

Pemain kelahiran Semenyih itu merupakan pemain tempatan yang telah mengumpul banyak trofi dalam sejarah bola sepak Malaysia dengan terlibat dalam 4 jaringan dan 17 bantuan jaringan sepanjang bersama kelab gergasi liga Malaysia itu.