Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United akan membantu pasukan Ole Gunnar Solskjaer melancarkan cabaran mengejar gelaran, menurut Wayne Rooney.

Rooney bergandingan bersama Ronaldo selama lima tahun di Old Trafford, memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Kapten Portugal itu, yang meledak 118 gol dalam 292 perlawanan, dijangka melakukan debut kedua Sabtu ini bertemu Newcastle.

Kini membimbing Derby County, Rooney, berkata dia tidak akan bekas menyaksikan persembahan bekas rakan sepasukannya beraksi namun menjangkakan Ronaldo akan memberikkan impak besar kepada United.

"Dia adalah salah seorang pemain terbaik dunia," kata Rooney.

"Cristiano akan tahu dirinya tidak semudah itu seperti di Sepanyol atau Itali.

"Cristiano's akan menjadi pemain yang penting, saya berasakan dia akan menghasilkan banyak gol.

"Jadi saya berasakan United akhirnya sudah bersedia mencabar gelaran."



"Kami telah menyaksikan dalam perlawanan bertemu Ireland, apa yang telah dia lakukan," kata Rooney lagi.

"Dalam minit-minit terakhir, dia menjaringkan dua gol, dua tandukan yang hebat, jadi dia mampu memberikan impak dalam EPL.


"Ia merupakan liga yang sukar, tetapi dia mengetahuinya kerana dia pernah beraksi di sini sebelum ini. Jadi saya pasti dia sudah bersedia dan akan kembali meledak jaringan buat United."