Skip to main content

Bola Sepak

Ronaldo lepasi 500 gol liga ketika jaring empat gol atasi Al Wehda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cristiano-ronaldo_jmr1xcyc7lwx13x21syug0cdc.jpg
Cristiano Ronaldo mencatat satu lagi pencapaian apabila dia menjaringkan gol liga ke-500 dalam kerjayanya yang luar biasa dalam kemenangan 4-0 Al Nassr ke atas Al Wehda.

Kapten Portugal itu, yang menyertai pasukan kendalian Rudi Garcia secara percuma selepas meninggalkan Manchester United, menjaringkan keempat-empat gol ketika kelab baharunya itu mendahului Liga Pro Saudi menerusi perbezaan gol.

Segar daripada membuka akaunnya untuk Al Nassr dalam keputusan seri 2-2 dengan Al Fateh kali terakhir, jaringan penting Ronaldo muncul pada minit ke-21 apabila dia melakukan rembatan rendah melepasi Abdulquddus Atiah.

Dia menggandakan kelebihan pelawat lima minit sebelum separuh masa, menyambar bola hantaran kemas sebelum menyumbat masuk ke dalam jaring.

Bekas penyerang Real Madrid dan Juventus itu menyempurnakan hatriknya dari sepakan penalti pada minit ke-53, sebelum mendapat gol keempatnya dan melengkapkan kemenangan hebat sejurus selepas tanda sejam.

Ronaldo dan Al Nassr kembali beraksi minggu hadapan, apabila mereka menyambut kedatangan Al Taawoun ke Stadium Universiti King Saud.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video