Gareth Bale yakin Cristiano Ronaldo boleh berjaya setelah kembali ke Manchester United musim panas ini.

Pemain sayap Real Madrid itu memandang tinggi mengenai kepulangan bekas rakan sepasukannya ke Old Trafford menjelang kelayakan Piala Dunia Wales menentang Estonia.

Semasa Cristiano Ronaldo bersama Real Madrid, pemain kelahiran Portugal itu menjulang sebanyak empat gelaran Liga Juara-Juara (UCL) bersama Bale. Dengan demikian, Bale memiliki pengalaman langsung tentang kualiti dan bakat yang dimiliki oleh Cristiano Ronaldo.


Ketika jam berjalan menjelang debut kedua Cristiano Ronaldo di Manchester United, Bale telah mengungkapkan bagaimana dia berasakan bekas rakan sepasukannya mampu cemerlang dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Saya yakin dia [Cristiano Ronaldo] akan melakukannya dengan baik. Dia telah membuktikannya sebelumnya di Liga Perdana Inggeris sehingga dia amat memahami corak permainan liga itu.

"Dia telah melakukan semua yang ada dalam bola sepak. Kemampuan menjaringkan golnya tidak mampu ditandingi oleh pemain lain, jadi saya yakin dia akan masuk, melakukannya dengan baik dan menjaringkan banyak gol.

"Saya teruja melihatnya seperti orang lain."

Bale membantu Wales meledak hatrik ketika Wales menang 3-2 ke atas Belarus dalam aksi pertama kelayakan Piala Dunia. Pemain berusia 32 tahun itu diharap akan meneruskannya ketika bertemu Estonia awal pagi esok.