SEVILLA 1 REAL MADRID 2

Carlo Ancelotti berkata Rodrygo pasti boleh digilap selaku penyerang tengah selepas muncul wira dua gol Real Madrid ketika menumbangkan Sevilla 2-1, awal pagi tadi.


Pengurus itu berpuas hati dengan kemampuan pemain muda Brazil tersebut yang dapat menawarkan alternatif kepadanya di bahagian serangan apabila berkata: “Jelas sekali Rodrygo menonjol dalam perlawanan ini kerana dia menjaringkan dua gol.

"Saya fikir dia mampu memainkan peranan sebagai penyerang tengah di sebalik dia mempunyai ciri yang berbeza.

"Jika anda menggelecek di bahagian tengah maka ia boleh menjadi lebih mudah untuk menjaringkan gol berbanding ketika anda bermain di bahagian sayap.



"Jika anda bermain sebagai penyerang tengah dengan kualiti yang dimilikinya, dia berkebolehan mencipta peluang.

"Dia tidak mempunyai kekuatan untuk perebutan bola di udara, tetapi di mempunyai kualiti untuk bermain di posisi ini.”