Ketibaan Ralf Rangnick di Manchester United 'bukan berita baik untuk pasukan lain' dalam Liga Perdana Inggeris, menurut pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Jurulatih veteran Jerman, Rangnick, nampaknya akan menjadi pengendali sementara di Old Trafford untuk baki musim ini.

United tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, yang dipecat Ahad lalu, dan Klopp yakin Rangnick boleh menyelesaikan masalah mereka.

"Malangnya jurulatih yang bagus akan datang ke England, jadi begitulah keadaannya, kepada Manchester United," kata Klopp dalam sidang akhbar semalam.

“Dia jelas seorang pengurus yang sangat berpengalaman yang membina dua kelab dari bawah kepada ancaman serta pencabar gelaran di Jerman dengan Hoffenheim dan Leipzig.

"Dia melakukan banyak pekerjaan yang berbeza dalam bola sepak tetapi keutamannya adalah sentiasa menjadi jurulatih, pengurus, dan itulah kemahiran terbaiknya.

"United akan lebih teratur, di atas padang kita perlu menyedarinya, dan itu bukan berita baik untuk pasukan lain.

"Seperti semua jurulatih, kami memerlukan masa untuk berlatih dengan pasukan kami dan Ralf akan segera menyedari dia tidak mempunyai masa untuk berlatih kerana mereka bermain sepanjang masa."