Aaron Ramsey berkelana ke pendahulu Liga Perdana Scotland, Rangers, daripada Juventus menerusi pinjaman.

Pemain antarabangsa Wales itu bergelut untuk memperagakan kemampuanmya musim ini dan diberitahu oleh pengurus Juve, Massimiliano Allegri, supaya mencari kelab baru bulan ini.

Ramsey telah dikaitkan dengan beberapa pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) termasuk Wolves, Burnley dan Crystal Palace, tetapi dia mengesahkan perpindahan ke Rangers pada saat akhir.

Dia akan menghabiskan baki kempen musim ini di Ibrox termasuk klausa bahawa Rangers berpeluang mengikat pemain tengah itu secara kekal di penghujung musim ini.

“Saya sangat gembira dapat menyertai kelab seperti Rangers di mana terdapat banyak perkara yang perlu dinantikan bagi mencapai kata sepakat, di antara sekarang dan Mei depan,” katanya kepada laman sesawang rasmi Rangers.

“Saya menerima beberapa tawaran tetapi tidak ada yang menyamai magnitud kelab ini, iaitu kempen di Eropah dan peluang untuk beraksi di hadapan 50,000 penyokong setiap minggu.

"Saya mengadakan beberapa perbualan yang hebat dengan pengurus dan Ross Wilson, jadi saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan kedua-duanya termasuk bertemu penyokong."





Pengurus Rangers, Giovanni van Bronckhorst, menambah: "Saya benar-benar gembira kerana berkesempatan membawa masuk seorang pemain yang berkualiti, berpengalaman dan berkepimpinan seperti Aaron ke dalam skuad ini.

"Sebaik sahaja kami tahu ada peluang mendapatkan sentuhannya, kami mahu mencuba segala-galanya untuk mencapai kesepakatan ini, pujian besar harus diberikan kepada Ross dan barisan lembaga pengarah atas perkara ini.

"Saya tidak sudah sabar lagi untuk mengalu-alukan Aaron ke pusat latihan esok."