Sergio Ramos mengalami kecederaan di ligamen lututnya selepas membantu Sepanyol melakar kemenangan 2-0 ke atas Albania dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 pada Isnin.

Doktor pasukan kebangsaan Sepanyol, Oscar Celada, mengesahkan perkara itu.

Pemain pertahanan Real Madrid itu tidak mendarat dengan baik selepas cuba melakukan tandukan sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-80 perlawanan.

"Kami harap kecederaan ligamennya tidak serius," kata Celada.

Laporan awal mengatakan Ramos mungkin diketepikan selama sebulan, namun pengendali Sepanyol, Julen Lopetegui, optimis kecederaan dialami pemain itu tidak seteruk disangka.

"Kami tidak bernasib baik kerana telah kehilangan beberapa pemain," katanya dalam sesi sidang media.

"Analisis awal mendapati dia mengalami kecederaan yang tidak serius, jadi kami mungkin tidak berpeluang menggunakan khidmatnya dalam tempoh dua atau tiga perlawanan akan datang.

"Kami harap kecederaannya tidak serius, bagaimanapun barisan doktor yang merawatnya masih perlu mengesahkan perkara itu."