Ralf Rangnick mengesahkan dia akan kekal mengendalikan pasukan kebangsaan Austria selepas Euro 2024, setelah Bayern Munich memberikan bayangan mahu mendapatkan khidmat pengendali itu.

Rangnick mengesahkan minggu lalu bahawa Bayern telah berhubung berhubung kemungkinan dia mengambil alih tugas menjelang musim depan.

Bayern berhasrat untuk mengisi kekosongan yang akan berlaku, dengan jurulatih semasa Thomas Tuchel bersedia meninggalkan kelab itu pada penghujung musim.

Tetapi Rangnick kini mengesahkan dia akan kekal, walaupun dia menegaskan dia tidak 'menolak' Bayern.


“Saya adalah jurulatih pasukan kebangsaan Austria dengan sepenuh hati,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Austria (OFB).

“Tugas ini memberi saya banyak kegembiraan dan saya berazam untuk meneruskan perjalanan yang telah kita mulakan.

"Saya ingin tegaskan dengan jelas bahawa ini bukan penolakan Bayern Munich sebaliknya keputusan untuk pasukan saya dan matlamat bersama kami."

"Kami memberi tumpuan sepenuhnya kepada Euro. Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk pergi jauh."